Khamis, 8 Disember 2011

PIBG ORGANISASI PENTING

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah organ penting kepada sesebuah institusi pendidikan rendah dan menengah. Fungsi dan tanggungjawab PIBG amat besar serta mencabar, ke arah meningkatkan akses, ekuiti, kecekapan, keberkesanan dan kualiti pendidikan negara yang lebih komprehensif, berwibawa serta bertaraf dunia. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan.

Jumaat, 18 November 2011

Jangan Potong Duit Bantuan RM100, kata Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yasin kepada PIBG


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya tidak memotong wang bantuan persekolahan RM100 yang diberikan oleh kerajaan kepada semua pelajar sekolah menengah dan rendah.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, meminta mana-mana PIBG yang berbuat demikian supaya segera memulangkan wang yang dipotong itu kepada pelajar berkenaan.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar, beliau berkata ia tidak seharusnya berlaku kerana kerajaan telah memutuskan bantuan itu adalah untuk diagihkan sepenuhnya kepada pelajar dan keluarga mereka.

"Kita minta kerjasama pentadbiran sekolah untuk pastikan bantuan RM100 ini diberikan sepenuhnya, jangan kurang satu sen pun...ini keputusan kerajaan.

"Kita tidak mahu nanti timbul salah faham dan ada pihak yang menyalahkan kerajaan kerana dikatakan `cakap lain, buat lain'," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Sepetang Bersama Belia Wilayah Persekutuan sempena program turun padang sehari beliau ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam.

Sebanyak RM550 juta diperuntukkan oleh kerajaan bagi melaksanakan program wang bantuan persekolahan itu, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lepas.

Isu potongan bantuan itu dibangkitkan seorang bapa pada sesi soal jawab bersama Muhyiddin pada majlis itu, yang mendakwa PIBG sebuah sekolah rendah di sini memotong RM50 daripada bantuan itu.

Dalam jawapannya, Muhyiddin berjanji akan menyiasat perkara itu.

"Perdana Menteri sudah sebutkan, Timbalan Perdana Menteri pun sudah beritahu, dapat RM100, kenapa bawa balik RM50?. Ini adalah komitmen Perdana Menteri hendak tolong rakyat, hendak ringankan beban mereka, jadi kalau dah awal-awal dipotong. makin terbebanlah rakyat.

"Jika ada apa-apa bayaran, itu kemudianlah, bagi dulu RM100 tu. Kalau selepas ini PIBG hendak minta apa-apa bayaran, itu soal lain. Ini duit yang telah diberikan oleh kerajaan," katanya.


sumber dipetik dari KOSMO ONLINE

Ahad, 3 April 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 37 2010/2011 & MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PMR/SPM/STPM TAHUN 2010

Tarikh           :     14 April
Hari              :      Khamis
Tempat        :      Dewan Besar SMKIS

Aturcara Majlis

                    2.00 ptg      :    Kehadiran ibu bapa
                    2.30 ptg      :    Mesyuarat Agung PIBG
                    3.45 ptg      :    Majlis Perasmian Anugerah Kecemerlangan Akademik
                                            Ucapan alu-aluan
                                            Bacaan Doa
                                            Ucapan Tuan Pengetua
                                            Ucapan YDP PIBG Tuan Hj. Muslim Bin Md. Shah
                                            Ucapan Perasmian oleh YB En. Mohd Yazed Bin Khamis
                                            BCM, JP ADUN Kawasan Rim
                     4.30 ptg     :    Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan akademik
                                            PMR/SPM/STPM
                     5.30 ptg     :    Jamuan / Bersurai

Isnin, 7 Februari 2011

LAPORAN AKTIVITI PIBG SMKIS TAHUN 2010/2011

1.0     AKTIVITI PIBG SMKIS
  1. Menjayakan mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-36, 2009/2010 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik pada 1 April 2010 di Dewan SMK Iskandar Shah. Majlis dirasmikan oleh YB En. Yazed Bin Khamis BCM, JP ADUN Kawasan Rim.
  2. Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat bulan September 2009 di Dewan SMK Iskandar Shah.
  3. Menjayakan Majlis Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah yang berlangsung pada bulan Februari.
  4. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sebanyak 3 kali untuk merancang dan menjayakan aktiviti-aktiviti sekolah.
  5. Menyumbangkan toner dan master - mesin riso untuk kegunaan sekolah.
  6. Terlibat dalam seminar teknik menjawab dan kecemerlangan PMR, SPM dan STPM
  7. Menyertai Sambutan Hari Guru peringkat sekolah
  8. Menyertai Majlis Kecemerlangan Kokurikulum 2010

2.0     SUMBANGAN PIBG SMKIS
  1. Memberi sumbangan alat penghawa dingin untuk bilik muzik
  2. Memberi sumbangan bilik khas tingkatan 6
  3. Memberi sumbangan program kecemerlangan PMR, SPM dan STPM
  4. Sumbangan dan insentif untuk murid-murid yang berjaya ke peringkat kebangsaan dalam bidang koakademik dan kokurikulum.
  5. Sumbangan sebahagian kos membaik pulih tangga.
  6. Memberi sumbangan untuk menampung bayaran yuran persekolahan murid yang tertunggak
  7. Sumbangan untuk memasang bidai dan kipas di Balai Iskandar
  8. Sumbangan majlis solat hajat dan bacaan yasin.